AL THURUQ AL MUQTARAHAH FI TA’LIM AL TA’BIR AL SYAFAHI LI GHAIRI AL NATHIQIN BI AL LUGHAH AL ‘RABIYAH

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

TAUFIQURRAHMAN (2006)

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengajaran berbahasa lisan (ta’bir syafahi) dalam bahasa Arab untuk peringkat: permulaan bagi orang-orang yang bukan penutur asli bahasa Arab (Li ghairi al nathiqin bi al  Arabiyyah). Kaedah-kaedah tersebut yang diguna pakai dan diaplikasikan dalam tiga kitab Silsilah fi Ta’lim  Al Lughah Al Arabiyah dengan manhaj mutakamil, iaitu “Al Arabiyyah Li An Nasyiin “, “Al Arabiyyah Li Al Hayat”  dan “Al Arabiyyah Baina Yadaik”. Kajian ini ditumpukan pada empat perkara penting iaitu: kaedah yang dijalankan dalam penyusunan kitab-kitab tersebut, tajuk-tajuk yang dipilih, bentuk-bentuk latihan berbahasa (al tadribat al lughawiih),dan media pengajaran yang diutamakan dalam kitab-kitab yang dikaji. Untuk menjalankan kajian ini digunakan empat langkah umum, pertama pemilihan tajuk kajian dan penyediaan rancangannya, kedua pengumpulan material-material ilmiah berupa sumber-sumber dan rujukan utama kajian, ketiga penyusunan material-material ilmiah kajian yang telah dikumpulkan, dan keempat penulisan dapatan kajian dan analisis kajian, termasuk penyampaian cadangan-cadangan kajian. Daripada kajian ini didapati ketiga-tiga kitab Silsilah fi Ta’lim  Al Lughah Al Arabiyah dengan manhaj mutakamil  yang dijadikan sumber utama kajian berpegang kepada bahasa Arab fasih, tidak menggunakan sebarang dialek bahasa Arab umum (lahdzah ‘amiyah), tanpa menggunakan bahasa pengantar lain dalam pengajaran, tetapi lebih menekankan penggunaan bahasa sasaran yang dipelajari (lughah hadap/ madrusah), dan menggunakan “kaedah pengajaran terus” (thariqah mubasyarah) atau “kaedah dengar ucap” (thariqah sam‘iyyah syafawiyah), dan menekankan pada penggunaan alat bantu pengajaran dengar, pandang atau pandang dengar (wasa’il  sam‘iyyah bashariyah) Dapatan kajian menujukkan ketiga-tiga kitab tersebut mengandungi 73 tajuk pengajaran yang terpilih yang berhubung kait dengan pelbagai aktiviti dalam berbagai bidang perbahasan yang menarik. Didapati pula 48 bentuk latihan berbahasa yang sesuai dan efektif digunapakai untuk pengajaran ta‘bir syafahi bagi peringkat permulaan (mubtadi‘in). Kajian ini telah menyarankan beberapa cadangan bagi guru-guru pengajar bahasa Arab dalam aktiviti pengajaran ta ‘bir syafahi, dan juga bagi perlaksanaan kajian-kajian lanjutan.