ANALISIS KESILAPAN MEMBACA TEKS BAHASA ARAB SECARA NYARING DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI KLANG, SELANGOR

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

FAZDI BIN HARUN (2007)

ABSTRAK
 


Kajian ini secara amnya bertujuan melihat kemahiran membaca teks berbahasa Arab di kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah agama di daerah Klang, Selangor iaitu di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Kg Jawa (SAMTH) di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Seramai 75 orang pelajar tingkatan empat selaku sampel kajian telah diuji pembacaan mereka. Dalarn kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada kemahiran membaca teks berbahasa Arab secara nyaring dan betul menurut ilmu nahu. Kajian yang berbentuk Analisis Kesilapan Bacaan ini dijalankan untuk mengenal pasti peratus kesilapan pelajar dalarn membaca teks Bahasa Arab pada baris akhir sembilan hukum nahu yang dipilih iaitu mubtada’, khabar, fi’il madhi, fi’il mudhari’, fa‘il, maf’ulun bih, isim majrur bi harf al-jar, isim majrur bil idhofah/mudhof ilaih dan na’at. Kajian mendapati kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah pada hukum maf’ulun bih dan yang paling sedikit ialah pada hukum fi’il mudhori’ dan isim majrur bi huruf al-jar.