BENTUK-BENTUK KESILAPAN DAN HUBUNGAN LATAR BELAKANG KELUARGA DAN PENGAJIAN PELAJAR TERHADAP KEMAHIRAN BAHASA ARAB TINGKATAN SATU
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani)
ARBAENAH BTE MASUD (2001)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat status pembinaan ayat bahasa Arab pelajar
terhadap pembolehubah yang mempengaruhinya. Ini dikaitkan dengan jangkaan bahawa
kesilapan-kesilapan ayat bahasa Arab pelajar ada kaitannya dengan biasan dan
bahasa ibunda atau bahasa Melayu. Faktor kesilapan-kesilapan ini jugalah yang
menentukan tahap kemahiran bahasa Arab mereka. Penilaian dan keputusan dibuat
melalui penelitian ayat-ayat bahasa Arab pelajar. Seramai 100 orang sampel
dipilih mewakili responden iaitu pelajar-pelajar dan tingkatan satu di dua buah
sekolah Menengah di daerah Pontian. Pemilihan adalah secara rawak mewakili
beberapa buah sekolah di daerah tersebut. AIat kajian yang digunakan adalah
pengujian bahasa Arab yang menguji kemahiran berbahasa dan soal selidik yang
dibahagikan kepada dua bahagian. Item soalan yang dibina dan dibahagikan kepada
tiga bahagian yang mewakili pembolehubah. Untuk tujuan tersebut sebanyak 20 item
telah dibentuk. Analisa jawapan dilakukan dengan cara memeriksa dan menanda
jawapan pelajar. Keputusan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa ada kesilapan
bahasa Arab pelajar yang berpunca dan biasan bahasa Melayu terhadap pembelajaran
bahasa Arab dan data juga menunjukkan bahawa faktor latar belakang samada diri
pelajar mahupun keluarga mereka bukan merupakan aspek penting menentukan tinggi
atau rendahnya tahap kemahiran bahasa Arab mereka begitu juga
kesilapan-kesilapan ayat yang dilakukan oleh mereka. Hasil kajian juga menemukan
bahawa karangan jenis terpimpin merupakan salah satu cara terbaik mengurangkan
kesilapan-kesilapan ayat bahasa Arab pelajar dan secara tidak langsung
meningkatkan tahap kemahiran bahasa Arab mereka.