BENTUK-BENTUK KESALAHAN DALAM PENULISAN BAHASA ARAB: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

BADARIAH BINTI MOHD ZAIN (2007)

ABSTRAK


Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau kesalahan bahasa pelajar tingkatan tiga di dua buah jenis Sekolah Menengah di Negeri Sembilan dalam penulisan Bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan meninjau masalah kesalahan bahasa dalam penulisan pelajar. Bahagian pertama dalam kajian ini menggunakan 100 sampel jawapan ujian bertulis Bahasa Arab pelajar tingkatan tiga di dua buah jenis sekolah menengah di daerah Negeri Sembilan. Data dari bahagian pertama dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan formula taburan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden melakukan 720 kesalahan bahasa iaitu 62.50% dalam aspek tatabahasa, 23.33% dalam aspek kesalahan ejaan dan 22.50% dalam struktur ayat. Manakala bahagian kedua daripada kajian ini, soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 27 orang responden yang mengajar Bahasa Arab. Data bahagian ini dianalisis menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan cadangan langkah-Iangkah mengatasi kesalahan Bahasa Arab Komunikasi berada pada tahap sederhana.