HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP BAHASA ARAB
(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)
ZAMANI BIN IBRAHIM (2007)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya pengajaran guru dengan
sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal
pasti gaya pengajaran dominan yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Bahasa
Arab serta mengenal pasti sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 205 orang
pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus telah dijadikan responden kajian. Data kajian di
kutip melalui borang soal selidik yang menggunakan ukuran skala likert lima
point. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Program SPSS versi 11.0. Kaedah
statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai
digunakan untuk melihat taburan profil responden, gaya pengajaran guru dan sikap
pelajar terhadap Bahasa Arab. Sementara analisis Korelasi Pearsoner digunakan
untuk melihat hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap
Bahasa Arab. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran guru secara
keseluruhan dan lima gaya pengajaran guru dalam Model Grasha iaitu gaya pakar,
gaya autoriti formal, gaya model personal, gaya fasilitator dan gaya delegator
yang digunakan oleh guru mempunyai hubungan kolerasi positif yang signifikan
(p<0.05) dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa guru-guru telah menggunakan kelima-lima gaya pengajaran dalam
Model Grasha dalam pengajaran Bahasa Arab. Dua gaya pengajaran dominan yang
digunakan oleh guru ialah gaya autoriti formal dan gaya pakar. Sementara gaya
pengajaran yang paling dominan ialah gaya model personal. Selain itu dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap sederhana terhadap
Bahasa Arab (min 3.32).