HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN BAHASA ARAB DENGAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA
ARAB DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani)
ZAWAWI BIN ISMAIL (2001)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan persekitaran bahasa Arab dengan
kemahiran bertutur di kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai
bahasa asing. Responden kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tahun akhir
program Sarjana Muda Bahasa Arab di UIAM dan UKM. Kajian ini menggunakan set
soal selidik untuk mendapatkan data-data persekitaran bahasa Arab dan temubual
untuk data-data kemahiran bertutur. Program SPSS 7.5 digunakan untuk
menganalisis data. Dapatan kajian adalah berdasarkan 3 hipotesis nul. Pada aras
signifikan 0.05, terdapat perbezaan signifikan (t=4.70) antara
persekitaran bahasa Arab di UIAM dan UKM. Perbezaan yang signifikan diperolehi
dengan nilai (t=5.442) antara kemahiran bertutur responden di kedua-dua
universiti. Dapatan kajian ini juga mendapati hubungan positif antara
persekitaran dan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Ini menunjukkan semakin
tinggi min persekitaran maka semakin baik kemahiran bertutur responden.
Kesimpulannya, kajian ini menyarankan penyelidikan seterusnya dibuat bagi
membina persekitaran bahasa Arab yang baik agar dapat membantu pelajar
mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing dengan lebih cemerlang.