PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEKOLAH KEBANGSAAN: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR
(Penyelia : Ustaz Zainuddin Hj Ismail)
MOHD JA’AFAR BIN AB. LATIF (2006)
ABSTRAK
Tujuan
kajian ini
adalah untuk
melihat sejauh
mana tahap
pengetahuan dan
pelaksanaan teknik-teknik
pengajaran Bahasa
Arab Komunikasi berasaskan
pendekatan komunikatif
di kalangan guru
di sekolah-sekolah
yang dikaji dalam
Daerah Hulu
Langat, Selangor
Darul Ehsan.
Dalam
kajian ini
soal selidik
dan temu
bual digunakan
untuk mengumpul
maklumat daripada 44
orang responden
kajian yang mengajar
Bahasa Arab Komunikasi.
Data yang dikumpul
dianalisis secara
deskriptif menggunakan SPSS 12.0
bagi mendapatkan
frekuensi, peratusan
dan min. Dapatan
kajian menunjukkan
bahawa tahap
pengetahuan guru terhadap
prinsip-prinsip pengajaran
berasaskan pendekatan
komunikatif adalah
tunggi (min = 4.1 1).
Kekerapan guru-guru mclaksanakan
teknik mengajar
kemahiran mendengar
adalah sederhana
(min = 3.46), teknik
mengajar kemahiran
bertutur adalah
tinggi (min= 3.70), teknik
mengajar kemahiran
membaca juga
adalah tinggi (min =
3.85), manakala
teknik mengajar
kemahiran menulis
adalah sederhana (min = 3.59).
Kajian
ini juga
mendapati bahawa
masalah utama guru
dalam pengajaran
Bahasa Arab Komunikasi
berasaskan pendekatan
komunikatif adalah
tahap penguasaan
babasa Arab guru-guru
adalah kurang
memuaskan dan kurang
pendedahan berkaitan
pengajaran berasaskan
pendekatan komunikatif.
Berdasarkan
dapatan kajian,
beberapa cadangan
dikemukakan untuk
pelaksanaan pendekatan
komunikatif dalam
Bahasa Arab Komunikasi
Sekolah Kebangsaan
serta cadangan
untuk kajian
lanjutan.