PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERBANTUKAN KOMPUTER:
PERSEPSI GURU-GURU BAHASA ARAB DI DAERAH HULU LANGAT
(Penyelia : Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)
(2001)
HJ SAID BIN DRAMAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Arab terhadap tahap
penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan
dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab dalam aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer. Respondan terdiri dan pada 120
orang guru Bahasa Arab yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan empat
belas buah sekolah di daerah Hulu Langat. Kajian kes ini dilakukan melalui soal
selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan persepsi
responden terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Temu bual
dijalankan untuk mendapatkan makiumat tambahan daripada beberapa orang pengetua
dan guru besar. Data yang diperolehi diproses melalui komputer dengan
menggunakan program SPSS 7.5. Nilai kekerapan, peratus dan mm dikira
untuk menentukan kecenderungan memusat. Huraian bagi semua pernnyataan bagi
setiap aspek dibuat berdasarkan peratusan. Kemudian perbandingan skor min dibuat
untuk menentukan pernyataan yang mana lebih signifikan. Selepas itu perbandingan
skor keseluruhan bagi setiap aspek dibuat untuk menentukan keseluruhan bagi
setiap aspek-aspek berkenaan. Daripada kajian ini, didapati bahawa pengetahuan
dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab berbantukan teknologi komputer mengikut kesignifikannya
adalah (1) aspek perubahan alat bantu mengajar Bahasa Arab dalam pengajaran dan
pembelajaran, (2) aspek mod-mod penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Arab, (3) aspek kaedah penyampaian dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab, (4) aspek penggunaan teknologi pengkomputeran dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan (5) aspek pendekatan
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini telah
menyarankan beberapa cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan
dengan pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspekaspek
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer.