PENGARUH FAKTOR-FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB
(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)
YUSNIZA BINTI MOHD ALI (2006)
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau faktor-faktor luaran dan dalaman
yang mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar
sekolab menengah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan 180 sampel yang
terdiri daripada pelajar tingkatan tiga SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, SMKA Pedas
(60 orang), Maahad Ahmadi, SMAN Dato’ Kelana Petra Maamor (60 orang), SMK Tampin
dan SMK Dato’ Abdullah (60 orang). Dua instrumen telah digunakan dalam kajian
ini, iaitu soal selidik untuk mendapatkan data berkaitan faktor-faktor yang
mempengaruhi kemahiran menulis dan ujian kecekapan menulis bahasa Arab untuk
mendapatkan data berkaitan tahap pencapaian dalam kemahiran menulis. Ujian
kecekapan telah diberikan skor mengikut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Data dan kedua-dua instrument telah dianalisis menggunakan SPSS 12.0 bagi
mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan statistik inferensi. Ujian korelasi
Pearson digunakan untuk melihat hubungan faktor-faktor yang dikaji dengan
penguasaan kemahiran menulis manakala ujian ANOVA Satu Hala digunakan untuk
melihat tahap penguasaan kemahiran menulis di kalangan tiga jenis sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar berada
pada tahap baik. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang
signifikan tahap penguasaan kemahiran menulis di antara SMKA, SMAN dan KAA.
Daripada empat faktor yang dikaji iaitu faktor kecerdasan, psikologi,
persekitaran dan guru, didapati hanya faktor kecerdasan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan penguasaan kemahiran menulis.