SIKAP PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani)
HABIBULLAH BIN ALI (2005)
ABSTRAK
Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi amat penting untuk
diketahui kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi Bahasa Arab Komunikasi.
Pengetahuan tentang pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi sikap pelajar
akan dapat membantu membentuk sikap positif pelajar terhadap Bahasa Arab
Komunikasi. Tumpuan kajian ini untuk rnengkaji pembolehubah-pembolehubah yang
rnempengaruhi sikap pelajar terhadap Bahasa Arab Komunikasi khususnya
pembolehubah jantina, tingkatan, status sosio-ekonomi (SES), tahap akademik bapa
dan pencapalan pelajar dalam Bahasa Arab Komunikasi peperiksaan akhir tahun
2004. Sau set soal selidik digunakan untuk mengukur sikap terhadap Bahasa Arab
Komimikasi dan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhinya kepada seramai 150
orang pelajar kelas aliran agama (KAA) tingkatan satu, dua dan tiga di tiga buah
sekolah menengah di Daerah Seremban Negeri Sembilan. Para pelajar tersebut telah
dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan
pelajar mempunyai sikap yang positif dan berminat terhadap Bahasa Arab
Komunikasi kerana nilai minnya ialah 3.54, ujian t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara sikap pelajar berdasarkan jantina,
manakala ujian Anova mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p >
0.05) antara sikap pelajar berdasarkan tingkatan, status sosio-ekonomi dan tahap
akadernik bapa, tetapi bagi pembolehubah pencapaian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara sikap pelajar mengikut pencapaian.
Bagi ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
(p < 0.01) dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2004.
Implikasi dapatan kajian ini telah dapat menambahkan lagi maklumat berhubung
dengan sikap pelajar kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan
terhadap Bahasa Arab Komunikasi peringkat menengah rendah dan juga pelajar lain
yang mengambil mata pelajaran ini.