AMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR:  KAJIAN DI PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), SHAH ALAM, SELANGOR

 

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

 

SITI ROKIAH BINTI ABDUL GHANI (2007)

 

ABSTRAK

 

 

 

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap amalan solat dan hubungannya dengan akhlak pelajar. Kajian ini telah dijalankan di CIAST, Shah Alam, Selangor. Seramai 115 orang pelajar Semester Satu, Dua dan Tiga terlibat dalam kajian ini. Sampel dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik. Data-data dianalisis melalui pakej Windows iaitu SPSS yang menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuansi, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson, ujian t dan ANOVA sehala. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap amalan solat dan tahap akhlak pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di antara amalan solat dengan akhlak pelajar-pelajar.