ANALISIS KLASIFIKASI DAN INTEGRASI PENGETAHUAN DARI PERSPEKTIF IBNU KHALDUN DAN APLIKASINYA DALAM KURIKULUM

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

TAUFIK MUKMIN (2007)

ABSTRAK


Kajian ini membincangkan mengenai klasifikasi dan integrasi pengetahuan dari perspektif Ibnu Khaldun dan aplikasinya dalam kurikulum. Perkara-perkara yang menjadi fokus kajian ialah pandangan Ibnu Khaldun yang berkaitan dengan kepentingan pengetahuan bagi manusia, sumber-sumber pengetahuan, kaedah mendapatkan pengetahuan, jenis dan kiasifikasi pengetahuan, integrasi pengetahuan, dan aplikasi pengetahuan dalam kurikulum. Rekabentuk kajian ini ialah analisis dokumen yang menggunakan buku al-Mukaddimah Ibnu Khaldun. Kesimpulan kajian mendapati bahawa dalam pandangan Ibnu Khaldun, pertama; kepentingan pengetahuan bagi manusia adalah sangat mustahak, ini berkaitan dengan berbagai-bagai keistimewaan yang dimiliki serta tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kedua; sumber utama segala macam pengetahuan adalah daripada Allah SWT. Ketiga; kaedah mendapatkan pengetahuan melalui tiga cara iaitu melalui kesedaran dalam diri (idräk), melalui berfikir, dan melalui wahyu. Keempat; pengetahuan berdasarkan sumber dan kegunaannya terbahagi kepada dua jenis, iaitu pengetahuan naqli dan pengetahuan aqli. Kelima; secara hakikinya pengetahuan itu adalah satu kesatuan, dan berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Keenam; pengetahuan dalam kurikulum mestilah disesuaikan dengan kemampuan pelajar, dan al-Qur’an mesti dijadikan kurikulum pertama dan dasar utama dalam pelajaran lainnya. Adapun dalam kaedah pengajarannya, Ibnu khaldun Iebih mementingkan pemahaman daripada hafazan, serta menggunakan kaedah-kaedah latih-tubih, kasih sayang, dan keteladanan.