CELIK AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU DI ZON PUDU KUALA LUMPUR
(PENYELIA : USTAZAH KHADIJAH BT ABDUL RAZAK)
(2004)
MOHD ADERI BIN CHE NOH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat celik al-Quran dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah menengah di
Zon Pudu. Seramai 100 orang pelajar tingkatan satu terlibat dalam kajian ini.
Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah. Alat ukuran yang digunakan
ialah soal selidik, ujian tilawah dan temu bual. Data-data dianalisis melalui
pakej Windows iaitu SPSS yang menggunakan statistik deskriptif dan inferensi
seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, kolerasi Pearson, Ujian t dan
ANOVA sehala. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian celik al-Quran berdasarkan
tahap skor min adalah berada pada tahap sederhana dan tahap skor min faktor
strategi menunjukkan tahap skor yang tertinggi berbanding dengan faktor-faktor
lain yang hanya pada tahap sederhana. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara celik al-Quran dengan jantina, tempat tinggal
dan pendapatan. Manakala analisis tentang hubungan antara celik al-Quran dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya didapati faktor strategi, motivasi dan minat
mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan celik al-Quran. Walau
bagaimanapun faktor-faktor lain seperti faktor konsep kendiri, kemahiran dan
persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan celik al-Quran di
kalangan pelajar.