EFIKASI-DIRI TERHADAP KOMPUTER DI KALANGAN GURU DATA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA
(Penyelia : En. Mohd Izham Hj. Mohd Hamzah)
MOHD FU’AD BIN SAM (2002)
ABSTRAK
Efikasi-diri terhadap komputer (EDK) merupakan salah satu faktor yang boleh
menerangkan penerimaan dan kesediaan seseorang menggunakan komputer dan ía boleh
didefinisikan sebagai alat penilaian bagi mengukur keupayaan seseorang individu
menggunakan komputer. Kajian ini dijalankan bagi menentukan efikasi-diri
terhadap komputer di kalangan guru data sekolah rendah dan sekolah menengah di
negeri Melaka. Kajian bertujuan menentukan kesan jantina, pengalaman dalam
menggunakan komputer dan faktor pemilikan komputer terhadap EDK. Kajian ini
adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 198
responden. Di antara aspek pengukur efikasi-diri terhadap komputer yang
terkandung di dalam soal selidik ialah tahap pengetahuan terhadap komputer,
tahap kesedaran penggunaan komputer dalam membantu Sistem Maklumat Pengurusan
Pendidikan (SMPP) serta sikap guru data terhadap komputer. Keputusan kajian ini
menunjukkan efikasi-diri terhadap komputer yang diperolehi adalah sederhana.
Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min
EDK mengikut jantina. Efikasi-diri terhadap komputer juga adalah berbeza secara
sigrnfikan mengikut pengalaman menggunakan komputer dan pemilikan komputer.
Melalui hasil kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan
kemahiran berkomputer di kalangan guru data di antaranya ialah dengan
memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer dan sebagainya. Dapatan kajian
ini juga dapat memberi beberapa implikasi terhadap guru data itu sendiri dan
seterusnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia secara keseluruhannya.