FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MENINGGALKAN SOLAT: SATU KAJIAN DI DAERAH SEGAMAT, JOHOR
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Bin Abdul Ghani)
HAFIDZAH BTE MD SHAH (2004)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar meninggalkan solat. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor
diri, faktor keluarga, faktor masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor
sekolah. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmanakah kelima-lima faktor
tersebut mempengaruhi pelajar meninggalkan solat dan apakah faktor yang paling
dominan mempengaruhi pelajar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan
menggunakan kaedah soal-selidik. Sampel kajian terdiri daripada 213 orang
pelajar tingkatan empat, tingkatan lima dan tingkatan enam SMK Buloh Kasap,
Segamat, Johor. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan program SPSS
(Statistical Package For Social Science) version 12.0.1. Keputusan
analisis diskriptif mendapati bahawa faktor diri dan faktor keluarga
mempengaruhi pelajar pada tahap yang rendah manakala faktor masyarakat
persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah mempengaruhi pelajar pada tahap
yang sederhana. Faktor paling dominan mempengaruhi pelajar ialah faktor rakan.
Keputusan ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan segi
faktor diri berdasarkan jantina manakala faktor keluarga, faktor masyarakat
persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Keputusan korelasi Pearson menunjukkan kelima-lima faktor yang
dikaji mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain.