FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAM DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
SITI HANIM BT HJ RAMLI (2006)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian mata
pelajaran elektif Tasawwur Islam SPM (KBSM) di sekolah-sekolah menengah di
daerah Hulu Langat. Faktor-faktor yang dikaji dihadkan kepada sikap, minat, gaya
pembelajaran pelajar dan kaedah penyampaian guru. Mata pelajaran Tasawwur Islam
dalam kajian ini adalah mengikut kandungan sukatan mata pelajaran Tasawwur Islam
(KBSM). Kajian ini adalah kajian tinjauan dan data dikumpulkan melalul soal
selidik yang mengandungi 28 soalan dan satu ujian bagi mengukur pencapaian
pelajar yang terdiri daripada 160 pelajar Tingkatan Empat. Pemboleh ubah juga
dikaji dan aspek jantina dan agama. Dapatan kajian mendapati faktor sikap,
minat, gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran guru mempengaruhi pencapaian mata
pelajaran Tasawwur Islam dalam ujian korelasi pada aras signifikan 0.01.
Sementara ini sikap, minat dan gaya pembelajaran tidak berbeza berdasarkan
jantina dan agama. Implikasi bagi kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar
dan pengajaran guru boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Tasawwur Islam.