KAJIAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN DI NEGER1 SELANGOR DARUL EHSAN

(Penyelia : Dr. Hj. Maimun Aqsha Lubis)

ROSIDAH BINTI JEMAIN (2006)

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, persediaan, kemahiran dan masalah guru-guru yang sedang mengajar Pendidikan Islam murid Pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan di negeri Selangor. Pengajaran Pendidikan Islam untuk murid Pendidikan khas bennasalah pembelajaran memerlukan guru Pendidikan Islam yang berpengetahuan tentang murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, sentiasa bersedia dengan persediaan mengajar yang rapi dan mengikut pencapaian murid secara individu. Kemahiran guru dalam menangani masalah tingkah laku dan pengajaran individu amat diperlukan. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan menggunakan soal selidik. Soalan dalam borang soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian : a) Latarbelakang responden b) Pengetahuan tentang murid berkeperluan khas (bermasalah pembelajaran). c) Persediaan mengajar d) Kemahiran mengajar dan e) Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian rintis telah dilakukan di Wllayah Persekutuan Kuala Lumpur. Populasi kajian ini seramai 93 orang namun begitu sampel kajian hanya 78 orang guru. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan SPSS versi 12. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan persediaan guru Pendidikan Islam berada di tahap tinggi. Sementara min bagi tahap masalah hanya sederhana sahaja. Di samping itu, dapatan menunjukkan semua guru yang mengajar Pendidikan Islam untuk murid berkeperluan khas masih memerlukan kursus untuk meningkatkan profesionalisme perguruan mereka.