KEBERKESANAN NILAI-NILAI PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP AKTIVITI-AKTIVITI KOKURIKULUM: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH CONVENT KAJANG
(Penyelia : Dr. Muwafak Abdullah Ahmed Al Khusairy)
KHATIJAH BINTI ENDUT (1996)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan nilai-nilai Pendidikan
Islam yang ditanam dan diajar oleh guru-guru di bilik darjah memberi kesan
terhadap pengamalan dan penghayatan para pelajar. Kajian ini hanya melibatkan
sebuah sekolah menengah di negeri Selangor iaitu Sekolah Menengah Convent
Kajang, Selangor. Kajian ini hanya ditumpukan kepada menilai dan mengukur
pengamalam dan penghayatan para pelajar semasa menghadiri kokurikulum.
Soalan-soalan yang dikemukakan mengenai nilai-nilai Pendidikan Islam di dalam
rancangan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Satu set borang soal selidik digunakan
di dalam kajian ini. 100 orang pelajar telah diambil sebagai sampel dan tujuh
orang guru ditemu bual. Hasil kajian ini mendapati ada penghayatan oleh
pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum mereka tetapi penghayatan
yang berlaku tidak sepenuhnya.