KONSEP GURU DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT : SATU ANALISIS
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
EVI MUAFIA (2005)
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat wujud perbezaan antara guru dari
perspektif Islam dengan guru dari perspektif barat. Dalam kajian ini penulis
menggunakan metodologi penyelidikan melalui kajian tinjauan literatur atau
kajian kepustakaan, iaitu dengan merujuk pada berbagai buku-buku pendidikan
Islam, aI-Quran, hadith-hadith Nabi yang berkaitan dengan fungsi dan peranan
seorang guru, serta kamus-kamus yang menerangkan istilah-istilah yang berkaitan
dengan makna guru. Memandang kajian ini adalah suatu kajian berbentuk literatur,
maka penulis banyak berasaskan pada penggunaan metod kajian perpustakaan. Dengan
menerokai penulisan-penulisan yang dilakukan oleh para pemikir-pemikir Islam
ataupun barat. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai subjek yang
dikaji, pengkaji juga melayari informasi-informasi terkini melalui laman web.
Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan data tentang definisi guru menurut
perspektif Islam dalam hubungannya dengan al-Quran dan al-Hadis serta
mendapatkan wujud perbezaan dengan definisi guru menurut perspektif barat.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa makna guru dan
perspektif Islam lebih menekankan pada kepentingan jasmani, rohani dan juga
akliah. Manakala guru dan perspektif barat menekankan pada kepentingan jasmani,
akliah sahaja. Dari perspektif barat, kepentingan rohani merupakan urusan
individu semata.