MODUL PENGAJARAN BERASASKAN USRAH PELAJAR TINGKATAN 4
(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusoff)
SHAPARRIN BIN OTHMAN (2005)
ABSTRAK
Kajian eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah Modul
Pengajaran Berasaskan Usrah di kalangan pelajar tingkatan 4. Kaedah Modul
Pengajaran Berasaskan Usrah ialah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
teratur dan terancang melibatkan pelajar secara aktif. Manakala kaedah tradisi
adalah pengajaran berbentuk kuliah. Kesan dua kaedah tersebut adalah berdasarkan
kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Instrumen yang
digunakan adalah terdiri dan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pos.
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen.
Responden kajian terdiri dan 65 orang pelajar daripada dua kelas tingkatan empat
di Sekolah Menengah Teknik Jasin. Seramai 32 orang pelajar dan satu kelas
tingkatan empat telah dijadikan kelas eksperimen yang mengikuti kaedah modul
latihan dan seramai 33 orang pelajar dan satu kelas lagi dijadikan kumpulan
kawalan yang mengikuti kaedah tradisi. Data telah diproses dengan menggunakan
perisian SPSS versi 11.0. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan iaitu
statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif menggunakan
kekerapan dan peratusan bagi menghuraikan sampel kajian manakala statistik
inferensi menggunakan Ujian-t bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di dalam pencapaian antara
kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan berdasarkan ujian pra dengan
perbezaan min yang rendah iaitu kelas kawalan Iebih tinggi. Manakala keputusan
pada ujian pos terdapat perbezaan yang signifikan di dalam pencapaian antara
kumpulan kawalan dan eksperimen dengan perbezaan min yang tinggi iaitu kelas
eksperimen lebih tinggi. Walau bagaimanapun, keputusan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam di antara pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
berdasarkan faktor jantina dalam ujian pra. Manakala pada ujian pos bagi
kumpulan kawalan tidak terdapat perbezaan yang signifikan, bagi kumpulan
eksperimen pula terdapat perbezaan yang signifikan. Implikasi daripada dapatan
kajian ini dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kaedah Modul Berasaskan Usrah lebih berjaya meningkatkan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam berbanding dengan kaedah tradisi dan
pelajar perempuan lebih berjaya menggunakan modul ini.