MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN UNTUK PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

AHMAD ZULKIFLI BIN HAJI ABDULLAH (2007)


ABSTRAK


Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu modul pengajaran yang bertajuk ‘Modul Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran’ untuk pelajar-pelajar pendidikan khas tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Modul ini dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office 2003. Unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik dan video telah digabungkan dalam pembinaan modul ini supaya dapat menghasilkan satu modul yang memotivasikan dan mempunyai antaramuka pengguna yang menarik. Gabungan pelbagai unsur multimedia memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas untuk memahami tajwid al-Quran. Modul ini juga menggabungkan pelbagai teori dan strategi pengajaran ini bertujuan untuk menambahkan lagi minat pelajar untuk terus mempelajari tajwid al-Quran agar mereka dapat menjawab bahagian tilawah al-Quran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Modul ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan menguji pengetahuan melalui pelbagai bentuk latihan yang telah dibina menggunakan perisian pendidikan berasaskan web Hot Potatoes 6.3.