PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN INKUIRI DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani)
MARDZIYAH BINTI ISMAIL (2003)
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau pelaksanaan kacdah Inkuiri oieh guru-guru
Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang. Kajian difokuskan kepada pelaksanaan kaedah Inkuiri, pengetahuan guru
mengenai kaedah Inkuiri, penggunaan kaedah Inkuiri oleh guru, masalah
pelaksanaan kaedah pengajaran Inkuiri dan pendapat guru mengenai kaedah Inkuiri.
Seramai 74 orang responden terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang
digunakan ialah soal selidik pelaksanaan kaedah pengajaran Inkuiri. Data
dianalisis menggunakan deskriptif, frekuensi dan Korelasi Pearson.
Dapatan kajian menunjukkan hanya 23 orang guru melaksanakan kaedah Inkuiri dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Min keseluruhan bagi aspek-aspek
dalam pelaksanaan kaedah Inkuiri ialah pada tahap sederhana iaitu 3.4 kecuali
bagi aspek pendapat guru mengenai kaedah Inkuiri ialah tinggi iaitu 3.7. Ujian
korelasi dijalankan untuk menentukan hubungan antara aspek-aspek dalam
pelaksanaan kaedah Inkuri. Hasil kajian mendapati aspek-aspek tersebut mempunyai
kaitan yang sederhana kecuali hubungan antara masalah pelaksanaan kaedah Inkuiri
yang dihadapi oleh guru dengan pendapat guru mengenai kaedah Inkuiri menunjukkan
hubungan signifikan yang tinggi (r=0.7, p<0.0l).