PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH UMUM SEKABUPATEN BENGKALIS RIAU INDONESIA
(Penyelia : Ustaz Shahrin Awaluddin)
NASRUL AKMAL
(2006)
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang pelaksanaan
kurikulum Pendidikan Agama Islam di sekolah menengah umum Sekabupaten Bengkalis
Riau Indonesia, khasnya pada persepsi guru. Aspek dasar kurikulum meliputi
fa1safah dan sistem pendidikan yang menggunakan kaedah lawatan dan temu bual
untuk mendapatkan data. Responden dalam kajian ini adalah 55 orang guru
dan 12 buah sekolah negeri dan swasta yang ada di Kabupaten Bengkalis. Data yang
diperolehi dianalisis secara diskriptif (min, peratusan dan frekuensi) dan
statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan
dasar kunikulum Pendidikan Agama Islam oleh guru termasuk sederhana. Pendekatan
yang paling kerap digunakan oleh guru ialah cara belajar berpusat kepada
pelajar. Kaedah pengajaran pembelajaran yang paling kerap digunakan ialah
ceramah, soal jawab, diskusi dan pemberian tugas. Bahan sumber dan alat bantu
pengajaran pembelajaran yang kerap digunakan oleh guru ialah buku teks.
Penilaian pengajaran pembelajaran yang sangat kerap digunakan ialah penilaian
formatif. Implikasi daripada kajian ini adalah diharapkan guru-guru mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam sekolah menengah umum negeri perlu diteliti,
kreatif dan membuat pembaharuan dalam meningkatkan mutu penguasaan dan
penggunaan pelaksanaan kunkulum.