PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH: SATU KAJIAN KE ATAS BEBERAPA PRASEKOLAH ISLAM
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
KAMARIAH BINTI WAHAB (2004)
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan mengkaji isu-isu yang berkaitan peranan, kefahaman
dan permasalahan yang dialami oleh guru-guru atau pihak pengurusan prasekolah
tentang pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah bagi prasekolah Islam
di Daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini juga ingin melihat sejauhmanakah ibu
bapa berperanan dalam menyokong Pendidikan Islam di rumah. Kajian ini dijalankan
di lima buah institusi Prasekolah Islam di Daerah Hulu Langat, Selangor. Untuk
menganalisa data, pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif dan frekuensi.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bagi prasekolah Islam
berperanan dengan baik dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah.
Selain itu dapatan juga membuktikan bahawa tahap kefahaman guru terhadap konsep
Kurikulum Pendidikan Islam adalah agak tinggi dengan skor min keseluruhan
4.1140. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa guru-guru di prasekolah Islam
menghadapi masalah sederhana dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Islam
Prasekolah dengan skor min keseluruhan 2.5900. Dapatan juga menunjukkan bahawa
ibu bapa turut menyokong dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah
dengan skor min 4.0830.