PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK): ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI DAN PEREMPUAN

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

ROSMARIA BINTI MOHD SAHAT (2003)

ABSTRAK


Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer (PPBK) yang bertajuk Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan. Pengguna sasaran primer perisian PPBK ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Metodologi pembangunan perisian PPBK ini adalah berasaskan model rekabentuk pengajaran Hannafin dan Peck (1988) yang mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisa keperluan, fasa rekabentuk dan fasa pelaksanaan dan penilaian. Perisian PPBK ini dibangunkan menggunakan perisian pengarangan Micromedia Flash MX dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Micromedia Fireworks MX dan Swish 2.0. Pendekatan pedagogi PPBK yang digunakan ialah pendekatan tutorial Alessi dan Trollip 2001. 30 orang pelajar Tingkatan Satu dan lima orang guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur terlibat dalam menjalankan penilain formatif dan penilaian sumatif terhadap perisian PPBK yang dibangunkan ini. Penilaian perisian PPBK ini juga melibatkan beberapa aspek antaranya penilaian kandungan, penilaian teknikal dan penilaian keseluruhan oleh penilai pakar yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Komputer. Dapatan kajian melalui penilaian sumatif menunjukkan perisian PPBK ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas dan cepat mengenai Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermotivasi dan menyeronokkan, pelajar dapat menggunakan mengikut tahap penguasaan masing-masing. Dapatan kajian juga menuqjukkan pensian PPBK ini berjaya memberikan maklumat mengenai Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan dengan baik dan dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik ini.