PEMBINAAN LAMAN WEB UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(Penyelia : Ustaz Shahrin Awaluddin)
WAN MOHD HUJJATULLAH BIN WAN GHAZALI (2001)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah laman web Pendidikan Islam. Kajian ini penting untuk memperkayakan laman web Pendidikan Islam di internet. Laman ini menyedia makiumat pembelajaran multimedia interaktif yang memenuhi keperluan era teknologi maklumat masa kini. Objektif laman ialah untuk memuatkan maklumat berkait dengan Pendidikan Islam sebagai sumber rujukan. Laman web ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Yahoo Page Builder yang ditawarkan oleh Geocities.com di dalam internet. Laman ini boleh dilawati di URL www.geocities.com/pendislam . Laman ini menyenaraikan 7 menu utama sebagai rujukan berkait dengan Pendidikan Islam iaitu Pengenalan, Falsafah, Kurikulum dan Methodologi, Sumber-Sumber Pendidikan, Sejarah dan Tamadun, Isu-Isu Pendidikan serta Tesis dan Penyelidikan. Di bawah klasifikasi maklumat Pendidikan Islam ini dimuatkan kertas-kertas seminar untuk rujukan pelajar. Sasaran laman ini ialah pelajar Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, UKM. Penilaian laman telah dilakukan ke atas 20 pelajar Program Pendidikan Islam melalui instrumen soal selidik bagi menentukan penilaian mereka terhadap laman web ini dan segi teknikal dan pedagogi. Data-data dinilai dan diproses dengan menggunakan statistik diskriptif. Nilai min skor melebihi 3 markah menunjukkan persepsi yang positif. Purata min skor dan segi teknikal ialah 4.20 dan dan segi pedagogi ialah 4.08. Kajian ini menunjukkan bahawa laman web yang dibina secara keseluruhannya adalah baik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Laman ini diharap akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dipertingkatkan lagi pada masa masa yang akan datang.