PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM “BERIMAN KEPADA RASUL”
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
ZAINAH BINTI RAMLI (2003)
ABSTRAK
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu computer (PBK) bertajuk “Beriman
Kepada Rasul” adalah sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam menengah
rendah. Tujuan perisian ini dibina ialah untuk menarik minat pelajar-pelajar
untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bertajuk “Beriman
Kepada Rasul”. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Front Page 2000.
Penggunaan teknologi multimedia telah digabungkan di dalam perisian ini seperti
teks, animasi, grafik dan bunyi untuk menghasilkan perisian yang berkesan,
menarik, bersifat interaktif dan mesra pengguna. Isi kandungan perisian adalah
disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Pendekatan Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) ini menggunakan kaedah
tutorial, pandang dengar (audio visual), ulangan, bercerita-cerita
teladan dan latih tubi. Reka bentuk pembangunan perisian ini pula menggunakan
model ASSURE. Penilaian penggunaan perisian ini telah dijalankan ke atas dua
golongan sasaran utama iaitu guru dan murid di sekolah pengkaji bertugas iaitu
di daerah Sepang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa perisian ini adalah
sesuai dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) di dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dan juga sebagai bahan pengayaan dan
pengukuhan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk membina perisian yang
lebih baik kepada pembangun-pembangun perisian di masa akan datang.