PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN HUKUM-HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’ : KAJIAN DI KELAS TAFAQQUH MASJID NEGARA
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
ASHRAF BIN ISMAIL (2005)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar membaca
ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hukum-hukum Waqaf clan Ibtida’.
Sebanyak 8 ayat yang mewakili keseluruhan ayat yang mengandungi hokum-hukum
Waqaf dan Ibtida’ telab dipilih. Selain dari menguji pengetahuan
pelajar-pelajar mengenai hukum-hukum Waqaf dan Ibtida’, kajian
juga menilai kemahiran pelajar-pelajar membaca ayat-ayat tersebut secara
individu. Seramai 60 orang pelajar kelas Tafaqquh dari Masjid Negara Kuala
Lumpur yang telah terlibat di dalam kajian ini. Data dari soal selidik dan
markah ujian telah diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.0.
Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan telah digunakan untuk
menjelaskan profil responden dan menganalisis ujian yang telah dijalankan.
Sementara itu, statistik inferensi iaitu Ujian t digunakan untuk melihat
perbezaan di antara pencapaian keseluruhan tentang hukum-hukum Waqaf dan
Ibtida’ berdasarkan jantina dan latar belakang pendidikan. Ujian Korelasi
Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan di antara pengetahuan tentang
hukum-hukum Waqaf dan Ibtida’ dengan kemahiran membaca ayat-ayat
yang mengandungi hukum-hukum Waqqf dan Ibtida’. Hasil kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar
di dalam ujian tilawah al-Quran berdasarkan jantina dan latar belakang
pendidikan. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di
antara pengetahuan, kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran yang mengandungi
hukum-hukum Waqaf dan Ibtida’ dengan pencapaian pelajar di dalam
ujian tilawah al-Quran.