PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH SEREMBAN

(Penyelia : Dr. Hj. Maimun Aqsha Lubis)

CHE RAZIYUSNITA IRNI BT CHE WAN (2007)

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan laman web pendidikan dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam di daerah Seremban dan untuk melihat sama ada guru-guru di daerah Seremban Negeri Sembilan telah bersedia terhadap pengajaran Pendidikan Islam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai media yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendidikan Islam. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Seremban yang dikategorikan sebagai kawasan bandar untuk melihat usaha pihak guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk melihat masyarakat yang celik dengan teknologi. Kajian yang dijalankan ke alas 116 orang guru pendidikan Islam ini menggunakan borang soal selidik dan data yang dikumpulkan, dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS Version 12.0). Hasil daripada Ujian-t yang dilakukan menunjukkan bahawa tiada perbezaan min di antara tahap penggunaan larnan web guru-guru pendidikan Islam tersebut berdasarkan jantina manakala dapatan ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan tahap penggunaan laman web pendidikan dan wujud perbezaan yang sigsnifikan antara pengalaman menggunakan komputer dengan tahap penggunaan laman web pendidikan. Ujian kolerasi yang digunakan telah mendapati bahawa wujud hubungan di antara pengetahuan terhadap komputer dengan tahap penggunaan laman web serta kemudahan komputer dan internet dilihat mempunyai perkaitan yang positif dengan tahap penggunaan laman web pendidikan.