PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM DI KALANGAN PENIAGA DAN USAHAWAN MUSLIM KELANTAN

(Penyelia : Dr. Norasmah Othman)

SUHAILA BT ABDUL KADIR (2004)

ABSTRAK


Tujuan kajian ini adalah  untuk meithat sejauh mana peniaga dan usahawan mengamalkan nilai dan etika Islam dalam nilai-nilai peribadi, pengurusan harta, pengurusan  perniagaan dan interaksi dengan masyarakat sekitar. Di samping itu ia juga bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan nilai dan etika dalarn amalan perniagaan. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan kepercayaan dan etika perniagaan dengan peniaga dan usahawan berlainan jantina, umur dan taraf perkahwinan. Kajian dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 100 orang peniaga dan usahawan di daerah Rantau Panjang. Hasil kajian menunjukkan min bagi nilai dan etika Islam dalam nilai-nilai peribadi peniaga ialah 3.92, pengurusan harta 4.23, pengurusan perniagaan 4.12, dan interaksi dengan masyarakat sekitar 3.93 berada pada tahap sederhana tinggi dan tinggi. Ujian ANOVA satu hala pada aras signifikan 0.05 menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan antara Kepercayaan dan Etika Perniagaan berdasarkan umur. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang siginfikan pada aras 0.05 bagi Kepercayaan dan Etika Pemiagaan berdasarkan jantina dan taraf perkahwinan. Penemuan kajian ini juga mencadangkan beberapa usaha untuk meningkatkan nilaii dan etika perniagaan di kalangan peniaga dan usahawan. Antaranya cadangan kepada peniaga dan usahawan, masyarakat pengguna, pihak berkuasa dan kepada pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran harus diterapkan dengan  nilai dan etika Islam terutamanya dalam mata pelajaran ekonomi, perdagangan, perakaunan serta kursus-kursus keusahawanan. Dengan ini pelajar bukan sahaja dapat menghayati malah akan turut mengamalkan nilai dan etika Islam dalam pemiagaan pada masa akan datang.