PENGUASAAN KEMAHIRAN JAWI DAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KAWASAN NILAI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

MOHAMED MADANI BIN BAKAR (2005)

ABSTRAK


Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan satu dalam kemahiran jawi dan al-Quran, di samping mengkaji hubungan antara sikap dan minat terhadap jawi dan al-Quran serta amalan agama pelajar dengan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran jawi dan al-Quran. Seramai 94 orang responden terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di sekitar Bandar Nilai dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Hasil soal selidik dan ujian, setelah diproses dengan menggunakan analisis deskriptif, min dan peratus serta analisis inferensi, ujian t dan korelasi, didapati bahawa tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran jawi dan al-Quran adalah berada pada paras sederhana dengan purata peratusan pencapaian ujian bertulis masing-masing ialah 56.1% dan 64.8% sementara purata min ujian bacaan masing-masing ialah 1.979 dan 2.053; tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan jawi dan al-Quran dan segi jantina, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan kedua-dua kemahiran tersebut dan segi latar belakang sekolah agama petang pelajar. Keputusan kajian juga mencatatkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran jawi dan al-Quran dengan sikap dan minat terhadap kedua-dua pemboleh ubah tersebut dan amalan agama pelajar . Selain itu, kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan jawi dengan tahap penguasaan al-Quran dengan nilai r = 0.873.