PERSEPSI BANDUANITA TERHADAP PELAKSANAAN BIMBINGAN PENDIDIKAN ISLAM DI PENJARA

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

SITI MARPUAH (2005)

ABSTRAK


Kajian ini membincangkan mengenai persepsi Banduanita Muslim terhadap pelaksanaan Bimbingan Pendidikan Islam. Pengkaji telah menjalankan temubual untuk mendapatkan maklumat daripada responden mengenai persepsi mereka terhadap pelaksanaan Bimbingan Pendidikan Islam di penjara. Kajian ini juga bertujuan melihat adanya kesan positif Bimbingan Pendidikan Islam serta masalah yang dihadapi banduanita selama mengikuti kegiatan ini. Kajian dilakukan di Penjara Wanita Kajang Selangor Darul Ehsan, kajian dijalankan keatas 4 orang Banduanita Muslim yang sentiasa aktif mengikuti kegiatan Bimbingan Pendidikan Islam. Data dianalisis dengan menggunakan temubual secara mendalam. Secara umumnya kajian ini mendapati bahawa semua responden mempunyai persepsi yang amat positif terhadap pelaksanaan Bimbingan Pendidikan Islam. Kajian ini juga mendapati bahawa Bimbingan Pendidikan Islam banyak memberikan kesan positif terhadap perubahan sikap dan tingkahlaku serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Islam. Kajian ini mendapati bahawa faktor rendahnya tingkat pendidikan serta kurangnya pemahaman terhadap Bahasa Arab menjadi punca utama permasalahan yang mereka hadapi selama mengikuti kelas Bimbingan Pendidikan Islam.