PERSEPSI GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN DAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH GRAF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN
(Penyelia : Tuan Haji Shahrin Bin Awaludin)
ABDUL MALEK BIN NORAKIT (2003)
ABSTRAK
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bertujuan untuk mengukur persepi
guru kelas keinahiran al-Quran, pelajar dan mereka yang ahli dalam bidang
tilawah al-Quran terhadap penggunaan Kaedah Graf yang merupakan ciptaan pengkaji
sendiri sebagai satu kaedah pengajaran dan peinbelajaran tilawah Al-Quran. Dua
jenis instrumen telah digunakan untuk kajian ini iaitu borang soal selidik para
guru dan pelajar sementara protokol temubual untuk mereka yang ahli dalam bidang
tilawah al-Quran. Kajian ini telah melibatkan kesemua 30 orang guru yang
mengajar kelas kemahiran al-Quran di 15 buah sekolah yang merangkurni tiga
daerah di Negeri Sembilan iaitu daerah Seremban, Rembau dan Kuala Pilah, 30
orang pelajar dan sebuah sekolah di Seremban dan 6 orang pensyarah, guru dan
pegawai agama yang ahli dalam bidang tilawah al-Quran. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa para guru kelas kemahiran al-Quran, pelajar dan ahli al-Quran
sependapat bahawa Kaedah Graf sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
tilawah al-Quran. Rajah tiga segi berlainan aras ketinggian rnemudahkan pembaca
mengesan dan menye laraskan kadar harakat sesuatu bacaan. Sementara garisan
memanjang secara mendatar pula memudahkan pembaca mengesan bacaan pendek.