PERSEPSI, MINAT DAN PENGHAYATAN TERHADAP MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA DI S.M.K. MUDZAFFAR SHAH, SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN
(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abd Ghani)
YAHYA BIN ABDULLAH (2003)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi, minat dan penghayatan terhadap
matapelajaran Pendidikan Islam. Responden kajian ini terdiri danpada 60 orang
pelajar tingkatan lima yang sedang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik
untuk mendapat data dan responden berhubung dengan persepsi, minat dan
penghayatan terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. Program SPSS 10.0
digunakan untuk menganalisis data. Min keseluruhan persepsi pelajar ialah 3.27
dan minat mereka ialah 3.32 sementara penghayatan mereka terhadap matapelajaran
im ialah 3.22. Kajian ini mendapati pencapalan pelajar terhadap persepsi, minat
dan penghayatan adalah pada tahap sederhana. Dalam kajian ini penulis telah
menggunakan ujian-t untuk mengukur perbezaan persepsi, minat dan penghayatan di
antara pelajar Sains dan Sastera terhadap Pendidikan Islam. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ketiga-tiga
bidang berkenaan. Kajian im juga membincangkan factor-faktor yang menyebabkan
berlakunya fenomena ini dan memberi cadangan cara mengatasi masalah ini.