PERSEPSI MURID TERHADAP PERSONALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
CHE ZAKIAH BINTI MOHAMAD SALIM (2005)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi mund terhadap personaliti
guru Pendidikan Islam di Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini
difokuskan kepada 2 aspek personaliti guru Pendidikan Islam iaitu penampilan
diri dan keprihatinan terhadap murid. Kajian ini turut meninjau tahap sikap
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan persepsi mereka terhadap
personaliti guru Pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan seramai 142 orang
sampel yang dipilih secara rawak mudah daripada 3 buah sekolah di daerah
tersebut. Alatan kajian terdiri daripada set soal selidik dan sesi temu bual.
Data dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi yang terdiri daripada
Ujian-t, Ujian Anova Satu Hala dan Korelasi Pearson. Hasil utama kajian
mendapati bahawa persepsi murid terhadap personaliti guru Pendidikan Islam
berada di tahap yang tinggi. Di samping itu, sikap murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam turut berada di tahap yang tinggi. Hasil kajian tidak
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi mund terhadap
personaliti guru Pendidikan Islam mengikut jantina, minat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam, penguasaan bacaan Al-Quran, penguasaan tulisan dan
bacaan jawi serta pencapaian dalam Pendidikan Islam PMR. Namun demikian, dapatan
kajian mendapati terdapat hubungan antara persepsi murid terhadap personaliti
guru Pendidikan Islam dengan sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Islam. Implikasi bagi kajian ini menunjukkan bahawa personaliti guru boleh
mempengaruhi sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.