PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP PAFA: SATU KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PEKAN BANTING
(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)
(2002)
ZAIB BIN NGAH (2002)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan 4 terhadap
pelaksanaan PAFA. Persepsi pelajar dibahagikan kepada 6 aspek utama iaitu minat,
kefahaman, pengamalan, penghayatan, pelaksanaan dan juga motivasi. Kajian ini
dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah
soal selidik dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 155 orang pelajar dan
empat buah sekotah di pekan Banting. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK
Telok Datok, SMK Banting, SMK Sungai Manggis dan SMK Sultan Abd. Samad yang
dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri
responden berdasarkan kekerapan dan peratusan. Manakala statistik inferensi,
ujian-t, digunakan untuk melihat perbezaan min di antara pembolehubah dan
menguji hipotesis kajian. Umumnya dapatan kajian mendapati persepsi pelajar
terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah adalah positif. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa jantina, aliran sekolah, tahap pencapaian Pendidikan Islam dalam PMR,
tahap pencapaian al-Quran dan tahap pencapaian jawi tidak memberi kesan kepada
persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah. Walaupun terdapat
perbezaan min di antara pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan itu, namun
secara statistik, perbezaan-perbezaan tersebut tidak signifikan.