SIKAP GURU TERHADAP KEBERKESANAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU DAN PENGGUNAANNYA DI DALAM BILIK DARJAH
(Penyelia : Dr. Zamri Mahamod)
MAHIDIN BIN AWANG ITAM (2006)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan kekerapan penggunaan buku
teks Bahasa Melayu (BTBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Keberkesanan buku teks dinilai daripada aspek isi kandungan,
persembahan, aktiviti dan latihan serta aspek bahasa dan istilah. Aspek
penggunaan BTBM dinilai berdasarkan kekerapan penggunaan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan amalan penggunaan BTBM dan cadangan meningkatkan
keberkesanan buku teks melalui soalan terbuka yang dikemukakan. Seramai 198
orang guru BM di sekolah rendah daerah Hulu Langat dipilih sebagal sampel
kajian. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi
menggunaka ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan secara umum tahap
keberkesanan buku teks berada pada tahap sederhana bagi aspek isi kandungan,
persembahan serta aktiviti dan latihan. Bagi aspek bahasa dan istilah
menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi. Dapatan daripada aspek kekerapan
penggunaan buku teks menunjukkan tahap penggunaan yang sederhana bagi sebelum,
semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Bagi analisis soalan terbuka,
guru-guru mengakui bahawa tahap keberkesanan dan kekerapan penggunaan buku teks
berada pada tahap sederhana. Tahap keberkesanan dan kekerapan penggunaan buku
teks berada pada tahap sederhana kerana guru-guru kurang didedahkan tentang
tatacara penggunaan buku teks secara berkesan di dalam bilik darjah.
Irnplikasinya guru BM masih kurang menggunakan BTBM ketika mengajar. Guru BM
lebih cenderung menggunakan buku ulasan, buku kerja ataupun buku praktis yang
terdapat di pasaran berbanding BTBM.