TAHAP KEFAHAMAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DAN AMALANNYA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

(Penyelia : Dr. Hj Maimun Aqsha Lubis)

SHAIROZI BIN HASHIM (2006)

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalannya di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Secara khususnya kajian ini melihat perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan aliran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar dan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak daripada semua kursus di jabatan terbabit. Tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalan pelajar diukur menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji. Data dianalisis rnenggunakan frekuensi, min, peratusan, ujian-t dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalannya dikalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu ain dengan amalannya di kalangan pelajar.