TAHAP  PENGGUNAAN  TULISAN JAWI  GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

 

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi NIk Yusoff)

 

HAMIDAH  BINTI SAMSUDIN (2007)

 

ABSTRAK

 

 

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap penggunaan tulisan Jawi di kalangan guru Pendidikan Islam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 43 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah menengah di sekitar daerah Jerantut. Responden tersebut telah dipilih secara rawak. Satu set soal selidik  yang telah diedarkan secara pos telah digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan. Data yang telah dikumpul diproses menggunakan program SPSS 11.5. Dua jenis analisis data digunakan iaitu analisis statistik secara deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Manakala statistik inferensi yang digunakan untuk pengujian hipotesis ialah Ujian t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjuk tahap penggunaan dan sikap terhadap penggunaan adalah pada tahap sederhana. Pengetahuan dan kemahiran Jawi guru adalah pada skala yang tinggi. Manakala dari segi sumber dan kemudahan adalah pada tahap kurang memuskan. Hasil Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang siknifikan dari segi tahap penggunaan tulisan Jawi berdasarkan jantina dan pengalaman kerja. Dapatan juga mendapati tahap penggunaan tulisan Jawi mempunyai hubungan yang siknifikan dengan pengetahuan dan kemahiran Jawi guru(r = .437 dan p .005 < 0.01), sikap terhadap tulisan Jawi (r = .579 dan p .000 <0.01).Manakala faktor kemudahan dan sumber tidak mempunyai hubungan yang siknifikan dengan tahap penggunaan tulisan Jawi.