P354.
Roslida Kadir – ustaz Kamaruzzaman Abd. Ghani
FAKTOR-faktor yang mempengaruhi pencapaian
bahasa arab komunikasi di kelas aliran agama. Kajian di
kalangan pelajar tingkatan dua SMK daerah Hulu Langat
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan dua di Kelas Aliran Agama dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini mengkaji faktor-faktor sikap, minat, gaya pembelajaran pelajar dan kaedah pengajaran guru, dan pengaruhnya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Seramai 140 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah di daerah Hulu Langat telah dipilih secara rawak sebagai responden. Mereka terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 90 orang pelajar perempuan. Soal selidik telah digunakan untuk menentukan tahap min markah bagi faktor-faktor sikap, minat, gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran guru. Ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji semua hipotesis. Kajian ini juga telah melihat perkaitan antara sikap, minat, gaya pembelajaran dan kedah pengajaran guru dengan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara faktor sikap, minat, gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini.