P401.    Razali Mustaffar – Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani

PENGGUNAAN kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran bahasa arab – tinjauan di tiga buah sekolah agama negeri Kelantan

 

Abstrak

 

Tujuan kajian ini ialah untuk i) melihat tahap penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, ii) menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam pengajaran, dan iii) melihat hubungan antara penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Kajian ini  merupakan kajian tinjauan di tiga buah sekolah menengah agama Yayasan Islam Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang guru yang mengajar bahasa Arab Tinggi dan bahasa Arab kurikulum al-Azhar. Alat kajian yang digunakan untuk memunggut data ialah soal selidik. Data diproses menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan dan pelaksanaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab adalah sederhana (min = 2.98). Manakala faktor yang paling mempengaruhi penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan ialah faktor latar belakang pelajar.