P235.
AZIZAN MUHAMMAD
PENGGUNAAN komputer di kalangan guru
pendidikan Islam/Bahasa Arab. Satu tinjauan di Wialayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Penyelia : Ustaz Nik Mohd. Rahimi
Nik Yusoff)
ABSTRAK
Kajian ini
dilakukan untuk melihat tahap penggunaan komputer di
kalangan guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab di Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Bagi mencapai objektif kajian ini
seramai 132 orang guru-guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab di
sekolah menengah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah
digunakan sebagai sampel kajian. Kaedah soal selidik
digunakan dalam kajian ini. Terdapat 22 item soal selidik
diedarkan kepada responden terpilih. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains
Sosial (SPSS). Frekuensi dan Peratus digunakan untuk
menganalisis profil responden manakala Peratus dan Min
digunakan untuk menganalisis tahap penggunaan komputer.
Penggunaan komputer dalam kajian ini merujuk kepada
penggunaan untuk tujuan pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran, penggunaan perisian dan cakera padat.
Penggunaan internet serta galakkan dari pentadbir sekolah
kepada guru-guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati bahawa
tahap penggunaan komputer untuk tujuan pengurusan,
pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Tahap penggunaan
perisian dan cakera padat adalah sederhana begitu juga
dengan tahap galakkan pentadbir dan akhir sekali tahap
penggunaan internet adalah rendah.