P266.
ZAWAWI ISMAIL
HUBUNGAN antara
persekitaran Bahasa Arab dengan kemahiran bertutur dalam
Bahasa Arab di kalangan pelajar universiti di Malaysia (Penyelia
: Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan
mengenalpasti hubungan persekitaran bahasa Arab dengan
kemahiran bertutur di kalangan pelajar yang mempelajari
bahasa Arab sebagai bahasa asing. Responden kajian terdiri
daripada 60 orang pelajar tahun akhir program Sarjana Muda
Bahasa Arab di UIAM dan UKM. Kajian ini menggunakan set soal
selidik untuk mendapatkan data-data persekitaran bahasa Arab
dan temubual untuk data-data kemahiran bertutur. Program
SPSS 7.5 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian
adalah berdasarkan 3 hipotesis nul. Pada aras signifikan
0.05, terdapat perbezaan signifikan (t = 4.70) antara
persekitaran bahasa Arab di UIAM dan UKM. Perbezaan yang
signifikan diperolehi dengan nilai (t=5.442) antara
kemahiran bertutur responden di kedua-dua universiti.
Dapatan kajian ini juga mendapati hubungan positif antara
persekitaran dan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Ini
menunjukkan semakin tinggi min persekitaran maka semakin
baik kemahiran bertutur responden. Kesimpulannya, kajian ini
menyarankan penyelidikan seterusnya dibuat bagi membina
persekitaran bahasa Arab yang baik agar dapat membantu
pelajar mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing dengan
lebih cemerlang.