P273.            JEFRIDIN PILUS – Dr T. Subahan Mohd Meerah
PENGGUNAAN pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa arab komunikasi.  Satu kajian di Sek. Men. Agama Persekutuan Labu (SMAP)

 

Abstrak

 

 

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana pendekatan komunikatif dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di kalangan guru di Sekolah Menegah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam kajian ini Soal Selidik, Skedul pemerhatian dan Skedul Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 9 orang responden yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 10.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Tindak balas responden diinterpretasi berdasarkan nilai min. Nilai min antara 1.00 hingga 1.99 dikategorikan sebagai negatif, 2.00 hingga 2.99 dikategorikan sebagai sederhana dan 3.00 hingga dikategorikan sebagai positif, Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman guru terhadap konsep pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa adalah sederhana (min=2.7). Pendedahan guru terhadap konsep pendekatan komunikatif juga adalah sederhana (min=2.18). Tahap penggunaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Sek. Men. Agama Persekutuan adalah sederhana (min=2.87). Kajian ini juga menunjukkan bahawa masalah utama guru dalam menggunakan pendekatan dalam pengajaran mereka ialah kekurangan pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan komunikatif. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk pelaksanaan pendekatan komunikatif serta cadangan untuk kajian lanjutan.