SATU PERBANDINGAN KESAN DUA KAEDAH PENGAJARAN
BAHASA ARAB TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN
BAHASA DI PUSAT MATRIKULASI UIAM
(Penyelia : Abdul Raof Dalip)
HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS (1991)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ABSTRAK
Kajian ini
dijalankan untuk membandingkan keberkesanan dua kaedah
pengajaran Bahasa Arab iaitu di antara Kaedah al-Sam'iyat
al-Shafawiyah dan Kaedah Taqlidiyah terhadap empat kemahiran
bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) di Pusat
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Kaedah al-Sam'iyat
al-Shafawiyah digunakan oleh golongan pensyarah yang
mempunyai latar belakang pendidikan TASL (Teaching Arabic As
A Second Language), manakala Kaedah Taqlidiyah pula
digunakan oleh golongan pensyarah yang mempunyai latar
belakang pendidikan TAFL (Teaching Arabic As First
Language). Kedua-dua kaedah ini mengajarkan empat kemahiran
bahasa dengan kadar yang sama dan secara seimbang. Kurikulum
dan latar belakang pelajar adalah sama antara kedua-dua
kumpulan yang hendak dibandingkan.
Kedua-dua
kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini dikawal dari
segi jantina, bangsa, pengetahuan asas Bahasa Arab dan
latihan Bahasa Arab di luar kelas.
Kajian ini
mengenal pasti ciri-ciri dan langkah-langkah pengajaran
Bahasa Arab mengikut Kaedah al-Sam'iyat al-Shafawiyah dan
Kaedah Taqlidiyah di Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa.
Hasil
kajian menunjukkan:
1.
Kaedah al-Sam'iyat
al-Shafawiyah mengatasi Kaedah Taqlidiyah bagi kefahaman
mendengar dan kemahiran bertutur.
2.
Kaedah
Taqlidiyah mengatasi Kaedah al-Sam'iyat al-Shafawiyah bagi
kefahaman dan kemahiran menulis.
Hasil
kajian ini melahirkan Kaedah Elektik Sistematik yang
merupakan gabungan daripada kedua-dua kaedah yang ada.