SATU TINJAUAN TENTANG MASALAH-MASALAH PENGAJARAN

MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH AGAMA DI MALAYSIA

(Penyelia : Dr. Musa Daia)

 

 

61

DATIN SOHAIR ABDEL MONEIM SERY (1990)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

 

ABSTRAK

 

 

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Agama Kebangsaan, dan mencadangkan beberapa cara untuk mengatasi masalah-masalah itu. Untuk menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih 12 Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia Barat, sekolah-sekolah itu terbahagi dua jenis iaitu: Sekolah Agama Kebangsaan di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan dan Sekolah Agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama Negeri-Negeri.

 

Contoh kajian ini terdiri daripada dua golongan iaitu guru dan murid. Seramai 60 orang guru telah dipilih secara rawak. Seramai 400 orang murid telah dipilih secara r awak dari 12 sekolah di seluruh Malaysia. Dua jenis soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian ini, iaitu:

 

(a)        Soal selidik tentang pendapat guru-guru berhubung dengan pengajaran Bahasa Arab.

 

 

(b)        Soal selidik tentang pencapaian murid dalam Bahasa Arab. Data kajian ini dianalisa berdasarkan frekuensi dan   peratus. Dapatan-dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti berikut:

 

 

(1)        Masalah pengajaran guru

 

(a)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah campuran merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa. Kemudian diikuti oleh kaedah terjemahan dan kaedah menghafal.

 

(b)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai guru menggunakan Bahasa Ibunda semasa mengajar Bahasa         Arab.

 

(c)        Dapata kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan serta pengalaman guru merupakan sebab utama kemerosotan tahap pencapaian, diikuti oleh sebab Bahasa Arab hanya satu mata pelajaran dan buku-buku (teks) kurang sesuai.

 

(d)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai guru menyatakan tidak bersetuju yang Bahasa Ibunda digunakan semasa mengajar Bahasa Arab (73%)

 

(e)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai guru yang masih menekankan tentang kepentingan kaedah (Nahu) (90%)

 

(f)         Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai guru yang menganggap pengajaran Bahasa Arab merupakan beban yang berat (kira-kira 37%).

 

(g)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat ramai guru Bahasa Arab yang ingin mengajar mata pelajaran yang lain jika diberi peluang (40%)

 

(h)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai guru berpendapat buku-buku teks Bahasa Arab masih tidak mencukupi (kira-kira 57%)

 

(i)         Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai guru berpendapat bahawa buku-buku teks Bahasa Arab yang digunakan di sekolah masih tidak sesuai dengan murid-murid di Malaysia (59%).

 

(j)         Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai peranan penting untuk meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam Bahasa Arab di sekolah (73%)

 

(k)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru berpendapat kamus merupakan bahan rujukan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab (90%)

     

(l)         Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru berpendapat masih ramai murid yang tidak mahir menggunakan kamus Bahasa Arab dalam pembelajarannya.

 

(m)       Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kegiatan-kegiatan untuk meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Arab sangat penting dan perlu dilaksanakan oleh guru dengan bijaksana.

 

(n)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama hanya dapat mencapai tahap kemahiran Bahasa Arab yang sederhana sahaja (93%).

 

(o)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semua guru berpendapat banyak lagi usaha masih perlu dijalankan untuk memulihkan keadaan pencapaian Bahasa Arab di sekolah.

 

(2)        Masalah pencapaian murid.

 

(a)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid yang belum cekap membentuk jawapan yang tepat.

 

(b)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat terlalu ramai murid yang mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Arab yang terhad.

 

(c)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid yang belum dapat menyusun (membina) ayat yang lengkap.

 

(d)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid yang tidak memahami maksud soalan dan maknanya yang diberikan.

 

(e)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid lemah dalam aspek tatabahasa Arab yang mudah.

 

(f)         Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid yang lemah dalam aspek saraf.

 

(g)        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid yang tidak dapat mengeja ejaan yang mudah.