PEMBANGUNAN SISTEM CAPAIAN
TERJEMAHAN DAN
TILAWAH AL-QURAN TINGKATAN SATU
(Penyelia : Aidah Abdul Karim)
CHE SABARIAH ABDUL KADIR (2002)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ABSTRAK
Kajian ini
bertujuan membina sistem pangkalan data yang bertajuk Sistem
Capaian Terjemahan dan Tilawah Al-Quran (SCTTAQ) untuk
pelajar tingkatan satu. SCTTAQ ini dibangunkan dengan
menggunakan program Visual basic versi 5.0 dan Microsoft
Access versi 7.0 SCTTAQ merupakan suatu bentuk sistem
pangkalan data yang menggunakan kaedah penyimpanan dan
capaian terjemahan ayat-ayat Al-Quran dalam fail storan.
Pembinaan SCTTAQ ini merupakan suatu usaha untuk
menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
berasaskan komputer bagi subjek Pendidikan Agama Islam
tingkatan satu. SCTTAQ ini membolehkan pelajar tingkatan
satu mengakses ayat serta terjemahan Surah Al-Baqarah dan
Surah Al-Kahfi. Isi kandungan sistem yang digunakan adalah
berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Agama Islam
tingkatan satu. Dapatan kajian menunjukkan SCTTAQ boleh
mempercepatkan proses pencarian terjemahan ayat-ayat
Al-Quran di samping menarik minat para pelajar mempelajari
terjemahan dan tilawah Al-Quran dalam persekitaran yang
mesra pengguna. Semoga dengan penghasilan sistem ini akan
menjadi pendorong kepada yang lain untuk menghasilkan
perisian pendidikan yang lebih bermutu untuk memenuhi
keperluan pendidikan dan kehendak para pelajar serta
guru-guru dalam zaman millenium ini khasnya bagi mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam.