P198          ARBAENAH MASUD

BENTUK-bentuk kesilapan dan hubungan latar belakang keluarga dan pengajian pelajar terhadap kemahiran Bahasa Arab tingkatan satu (Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Abd. Ghani)

 

 

ABSTRAK

 

 

Kajian ini bertujuan untuk melihat status pembinaan ayat bahasa Arab pelajar terhadap pembolehubah yang mempengaruhinya. Ini dikaitkan dengan jangkaan bahawa kesilapan-kesilapan ayat bahasa Arab pelajar ada kaitannya dengan biasan dari bahasa ibunda atau bahasa Melayu. Faktor kesilapan-kesilapan ini jugalah yang menentukan tahap kemahiran bahasa Arab mereka. Penilaian dan keputusan dibuat melalui penelitian ayat-ayat bahasa Arab pelajar. Seramai 100 orang sampel dipilih mewakili responden iaitu pelajar-pelajar dari tingkatan satu di dua buah sekolah menengah di daerah Pontian. Pemilihan adalah secara rawak mewakili beberapa buah sekolah di daerah tersebut. Alat kajian yang digunakan adalah pengujian bahasa Arab yang menguji kemahiran berbahasa dan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Item soalan yang dibina dan dibahagikan kepada tiga bahagian yang mewakili pembolehubah. Untuk tujuan tersebut sebanyak 20 item telah dibentuk. Analisa jawapan dilakukan dengan cara memeriksa dan menanda jawapan pelajar. Keputusan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa ada kesilapan bahasa Arab pelajar yang berpunca dari biasan bahasa Melayu terhadap pembelajaran bahasa Arab dan data juga menunjukkan bahawa faktor latar belakang samada diri pelajar mahupun keluarga mereka bukan merupakan aspek penting menentukan tinggi atau rendahnya tahap kemahiran bahasa Arab mereka begitu juga kesilapan-kesilapan ayat yang dilakukan oleh mereka. Hasil kajian juga menemukan bahawa karangan jenis terpimpin merupakan salah satu cara terbaik mengurangkan kesilapan-kesilapan ayat bahasa Arab pelajar dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kemahiran bahasa Arab mereka.