P204  HJ. SAID DRAMAN

PENGAJARAN dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer : persepsi guru-guru bahasa arab di daerah Hulu Langat (Penyelia : Ustaz Nik Mohd. Rahimi Nik Yusof)

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Arab terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer. Responden terdiri daripada 120 orang guru Bahasa Arab yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dari empat belas buah sekolah di daerah Hulu Langat. Kajian kes ini dilakukan melalui soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan persepsi responden terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beberapa orang pengetua dan guru besar. Data yang diperolehi diproses melalui komputer dengan menggunakan program SPSS 7.5. Nilai kekerapan, peratus dan min dikira untuk menentukan kecenderungan memusat. Huraian bagi semua pernyataan bagi setiap aspek dibuat berdasarkan peratusan. Kemudian perbandingan skor min dibuat untuk menentukan pernyataan yang mana lebih signifikan. Selepas itu perbandingan skor keseluruhan bagi setiap aspek dibuat untuk menentukan keseluruhan bagi setiap aspek-aspek berkenaan. Daripada kajian ini, didapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan teknologi komputer mengikut kesignifikannya adalah (1) aspek perubahan alat bantu mengajar Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran, (2) aspek mod-mod penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab,  (4) aspek penggunaan teknologi pengkomputeran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan (5) aspek pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini telah menyarankan beberapa cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer.