P213          RAMZAN MUHAMMAD

SATU kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi (Penyelia : Ustaz Shahrin Awaludin)

 

ABSTRAK

 

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana keberkesanan pembelajaran secara koperatif kaedah STAD dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Arab Komunikasi. Kajian ini telah menguji ke semua empat aspek kemahiran yang terdapat di dalam Bahasa Arab Komunikasi, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pos digunakan dalam kajian ini. Dua buah kelas tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas telah dipilih untuk kajian ini. Sebuah kelas dinamakan kelas eksperimen yang menggunakan kaedah pembelajaran secara koperatif kaedah STAD, manakala sebuah kelas lagi dinamakan kelas kawalan yang menggunakan kedah pembelajaran secara tradisional. Terdapat 30 orang pelajar kelas eksperimen dan 30 orang pelajar kelas kawalan. Pencapaian pelajar di kedua-dua buah kelas tersebut adalah hampir sama. Ujian pra dan pos diadakan, sementara kuiz mingguan digunakan sebagai alat bagi penilaian formatif. Proses P&P dijalakan selama 4 minggu menerusi kaedah yang dikaji. Data-data dianalisis menggunakan ujian-t bagi mengukur pencapaian dengan melihat perbezaan min ujian pra dan pos di antara kelas eksperimen dan kelas kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar di dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Arab Komunikasi, terutama kemahiran bertutur dan membaca.